Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain
Khalid Samad
Thu | Sep 10, 09 | 2:07:37 pm MYT
-PENDAPAT-
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Iklan
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".
ImageKisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.
Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.
Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.
Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
Khalid Samad adalah anggota Parlimen Shah Alam. _
Back
AIRMATA RASULULLAH SAW..
2:49 AM | Author: qoyyim
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
benarkah??
2:18 AM | Author: qoyyim
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
remaja haluan siswa johor 2009
9:43 PM | Author: qoyyim





byk lagi program mendidik jiwa InsyAllah...
marhaban ya RAMADHAN!!!
7:27 PM | Author: qoyyim

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ok..di bulan yg penuh rahmat,keampunan,berkat dan dijauhkan dari api neraka ini,mari kta sama2 menyambut dengan memperbanyakkan amalan sunat kita hatta hanya sekadar memberi salam kita mendapat pahala wajib seperti pahala solat fardhu..bertasbih dan berzikir menjadi kalam waktu kebosanan dalam bulan ramadhan dan jgn lah terlalu membazir masa dgn perkara2 yg melalaikan seperti bulan2 yg lain..
kalau boleh kita x nak menjadi seperti apa yg di doakan oleh malaikat jibril sewaktu rasullullah ingin memberi kuthbah iaitu "celaka bagi sesiapa yg apabila berlalunya ramadhan tiada perubahan dalam dirinya"lalu Rasullullah menjawab "amin" iaitu (perkenankanlah) dan seperti kita tahu doa seorang kekasih Allah s.w.t. makbul..
Jadi jgnlah kita tergolong dalam golongan yg celaka di sisi Allah s.w.t. InsyAllah..
takbir.....Allahhuakbar3..walillahilham=)
AHLAN YA RAMADHAN
1:33 AM | Author: qoyyim

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



selamat menyambut RAMADHAN!!!!!
nikmatMU
11:43 PM | Author: qoyyim

Alhamdulilah,bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih memberi sedikit kelapangan untuk kita duduk sebentar untuk mengingati ALLAH s.w.t,IsyaAllah...selawat dan salam dihadiahkan kpd Rasullullah s.a.w sebagai manusia yg pling kita sayang,kerana berkat daripada kesabaran dan pengorbanan baginda kita masih lagi merasai nikmat islam dan iman itu sendiri...apabila disebukan tentang nikmat Allah,terlalu luas dan banyaknya hatta dijadikan 7 lautan sebagai dakwat,nescaya tidak cukup untuk senaraikannya..pada diri kita Allah masih lagi memberi nikmat melihat,mendengar,bercakap,menghidu,kesihatan yg baik dan byk lagi..semua nikmat itu sebagai org islam perlu tahu bagaimana untuk meggabungkan nikmat2 yg Allah bagi ini untuk berubudiah kepadanya,untuk menjadi dekat kepadanya,menjadi hamba kesayangannya dan paling utama ialah mendapat keREDHAANNYA isyAllah...tetapi bg manusia yg tidak beriman dan tidak bersyukur pada nikmat allah,nikmat2 ini akan bertukar menjadi bala kepadanya.kerana setiap nikmat kehidupan yg di berikan akan menjadikan dia lebih jauh kepada Allah maka itu yang di sebutkan bala kepadanya..tiada nikmat yg lebih besar nilainyA melainkan dapat melihat wajah Allah di syurga kelak..oleh itu kita harus meredhahi segala onak dan duri di sekeliling syurga yang mana dikatakan syurga itu telah Allah hiaskan di sekelilingnya dengan kesedihan,kekecewaan,kebuntuan,kekalahan,kemiskinan,kesakitan dan kesempitan dalam berdakwah begitu juga dengan sedikit kebosanan dalam tarbiyah tetapi Allah telah siapkan di tengah2nya sebuah singgahsana yg mna di bawahnya mengalir sungai2 dan di hiasi juga dengan bidadari2 yg sgt cantik jelita dan itu semua adalah hadiahkan kepada org bersabar,yg bertaqwa dan istiqomah dalam setiap ibadahnya..berbeza pula pada neraka..Allah hiaskan di sekililing neraka itu dengan kekayaan,darjat,wanita2,kemewahan sihat tubuh badan,kelapangan waktu untuk dia lalai lupa kpd Allah dan telah d sediakan d tengah2nya api yg hitam menyala,buah zakom,air daripada api,rantai daripada api,batu daripada api,asap yg tebal,malaikat yg bewajahkan garang dan bengis dan tiada Allah ingin melihat mereka ini..IsyaAllah,cukup sedikit perkongsian ilmu daripada saya..segala yg cantik,baik datang dari Allah dan yg lemah,dan yg tidak kesampaian mesej itu adalah kelemahan saya dan hakikatnya daripada Allah..Isyallah kita berkongsi lagi bila diizinkan allah IsyAllah..selamat beramal..asalamkum=)