Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain
Khalid Samad
Thu | Sep 10, 09 | 2:07:37 pm MYT
-PENDAPAT-
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Iklan
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".
ImageKisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.
Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.
Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.
Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
Khalid Samad adalah anggota Parlimen Shah Alam. _
Back
AIRMATA RASULULLAH SAW..
2:49 AM | Author: qoyyim
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
benarkah??
2:18 AM | Author: qoyyim
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
remaja haluan siswa johor 2009
9:43 PM | Author: qoyyim





byk lagi program mendidik jiwa InsyAllah...
marhaban ya RAMADHAN!!!
7:27 PM | Author: qoyyim

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ok..di bulan yg penuh rahmat,keampunan,berkat dan dijauhkan dari api neraka ini,mari kta sama2 menyambut dengan memperbanyakkan amalan sunat kita hatta hanya sekadar memberi salam kita mendapat pahala wajib seperti pahala solat fardhu..bertasbih dan berzikir menjadi kalam waktu kebosanan dalam bulan ramadhan dan jgn lah terlalu membazir masa dgn perkara2 yg melalaikan seperti bulan2 yg lain..
kalau boleh kita x nak menjadi seperti apa yg di doakan oleh malaikat jibril sewaktu rasullullah ingin memberi kuthbah iaitu "celaka bagi sesiapa yg apabila berlalunya ramadhan tiada perubahan dalam dirinya"lalu Rasullullah menjawab "amin" iaitu (perkenankanlah) dan seperti kita tahu doa seorang kekasih Allah s.w.t. makbul..
Jadi jgnlah kita tergolong dalam golongan yg celaka di sisi Allah s.w.t. InsyAllah..
takbir.....Allahhuakbar3..walillahilham=)
AHLAN YA RAMADHAN
1:33 AM | Author: qoyyim

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



selamat menyambut RAMADHAN!!!!!
nikmatMU
11:43 PM | Author: qoyyim

Alhamdulilah,bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih memberi sedikit kelapangan untuk kita duduk sebentar untuk mengingati ALLAH s.w.t,IsyaAllah...selawat dan salam dihadiahkan kpd Rasullullah s.a.w sebagai manusia yg pling kita sayang,kerana berkat daripada kesabaran dan pengorbanan baginda kita masih lagi merasai nikmat islam dan iman itu sendiri...apabila disebukan tentang nikmat Allah,terlalu luas dan banyaknya hatta dijadikan 7 lautan sebagai dakwat,nescaya tidak cukup untuk senaraikannya..pada diri kita Allah masih lagi memberi nikmat melihat,mendengar,bercakap,menghidu,kesihatan yg baik dan byk lagi..semua nikmat itu sebagai org islam perlu tahu bagaimana untuk meggabungkan nikmat2 yg Allah bagi ini untuk berubudiah kepadanya,untuk menjadi dekat kepadanya,menjadi hamba kesayangannya dan paling utama ialah mendapat keREDHAANNYA isyAllah...tetapi bg manusia yg tidak beriman dan tidak bersyukur pada nikmat allah,nikmat2 ini akan bertukar menjadi bala kepadanya.kerana setiap nikmat kehidupan yg di berikan akan menjadikan dia lebih jauh kepada Allah maka itu yang di sebutkan bala kepadanya..tiada nikmat yg lebih besar nilainyA melainkan dapat melihat wajah Allah di syurga kelak..oleh itu kita harus meredhahi segala onak dan duri di sekeliling syurga yang mana dikatakan syurga itu telah Allah hiaskan di sekelilingnya dengan kesedihan,kekecewaan,kebuntuan,kekalahan,kemiskinan,kesakitan dan kesempitan dalam berdakwah begitu juga dengan sedikit kebosanan dalam tarbiyah tetapi Allah telah siapkan di tengah2nya sebuah singgahsana yg mna di bawahnya mengalir sungai2 dan di hiasi juga dengan bidadari2 yg sgt cantik jelita dan itu semua adalah hadiahkan kepada org bersabar,yg bertaqwa dan istiqomah dalam setiap ibadahnya..berbeza pula pada neraka..Allah hiaskan di sekililing neraka itu dengan kekayaan,darjat,wanita2,kemewahan sihat tubuh badan,kelapangan waktu untuk dia lalai lupa kpd Allah dan telah d sediakan d tengah2nya api yg hitam menyala,buah zakom,air daripada api,rantai daripada api,batu daripada api,asap yg tebal,malaikat yg bewajahkan garang dan bengis dan tiada Allah ingin melihat mereka ini..IsyaAllah,cukup sedikit perkongsian ilmu daripada saya..segala yg cantik,baik datang dari Allah dan yg lemah,dan yg tidak kesampaian mesej itu adalah kelemahan saya dan hakikatnya daripada Allah..Isyallah kita berkongsi lagi bila diizinkan allah IsyAllah..selamat beramal..asalamkum=)
renung sebentar..
10:06 PM | Author: qoyyim
Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga...fikir-fikirkanlah.

2. "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu :

a- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
b- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
c- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
d- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
e- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
f- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." ..fikir-fikirkanlah

3."Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah.Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."..fikir-fikirkanlah

4. Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga..fikir-fikirkanlah

5."Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa...fikir-fikirkanlah

6. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."..fikir-fikirkanlah

#LAZIMKANLAH DIRIMU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN FIKIR#


NUKILAN ILMU
¿Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.¿
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani)

¿Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa. Meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat.¿
(Ibnu Mubarak)

¿Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.¿(Fathir: 28)

¿Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."
(Luqmanul Haqim)

¿Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT. Walaupun barang-barang dagangan kita sama.¿
(Imam Syafie)

¿Sesungguhnya memandang wajah ulama dan orang-orang soleh adalah ibadah.¿
(Imam Al-Ghazali)
solat..
10:02 PM | Author: qoyyim
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
Dzuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya..
Ashar: Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan..
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..
renungan..
9:51 PM | Author: qoyyim
A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.
kenapa??
9:59 PM | Author: qoyyim
 kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai YM anda...
bersyukur
7:23 AM | Author: qoyyim

bersyukur pada org yg menyakiti-mu,
kerana dia yg menabahkanmu..
beryukur pda og yg x mngindahkan-mu,
kerana dia yg memupuk-mu berdikari..
bersyukur pda org yg menjatuhkan-mu,
kerana dia yg memperhebatkan kemampuan-mu..
beryukur pd org yg menyiksa mu,
kerana dia yg menguji kesabaran dan ketabahan kamu..

namun..
kpd ALLAH jualah kita harus beryukur,
kerana ALLAH yg menyusun segalanya..
dan....
dialahsebaik-baik penyusun..
blogger-emoticon.blogspot.com
play football
7:04 AM | Author: qoyyim

blogger-emoticon.blogspot.comAsalammualaikum,
haaaa ni cter best...
mne x bestnye,ari nie team ana mnag 3-2
pehhh!!! mmg senget giler 2...
fuhhh.....


blogger-emoticon.blogspot.commain,main jgak...
agar tidak sia2 amal kte,
knelah kta niat kpd ALLAH....
main bukanlah nk mng semata2
kta main agar dapat menunaikan hak tubuh badan kte..
apbila bersukan,
tubuh yg sihat dpat dimamfaatkan dgn,
solat sunat,
bangun mlm,
kiammullail,
amal jamai'e,
dan byk la lgi........

blogger-emoticon.blogspot.comsetiap kejayaan mmrlukan usaha yg bersungguh...
ini nk mng tpi main halai balai(ana la tu)
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,selagi kaum itu tidak merubah diri mereka"
tidak cukup dgn niat,
doa,
baca quran,
nasihat,
selagi diri tidak berusaha untuk mencapai apa yg dihajatkan.
amin....
cinta dan harapan-firdaus
9:56 PM | Author: qoyyim



kelmarin hanya tinggal kenangan,
bersama peristiwa semalam,
adakah hari ini yg ku tempuh,
kan bersinar untuk hari esok,
benarlah apa yg telah dikata,
penantian satu penyiksaan,
kepastian memburu kerisauan,
ketabahan mendamai keresahan,

dalam dada ada bara cinta yg menyala,
dalam cinta ada kita berdua,
tiada sapa bisa mngungkai rindu dijiwa,
dgn iman,
dapat kita,
membendungnya..
rahmat kasih syg,
yg amat ku harapkan...
memories picture
8:08 PM | Author: qoyyim

ya RABBANA
12:03 PM | Author: qoyyim

MENGINGATI TEMAN TANDA PERSAHABATAN,
MENGINGATI MATI SUMBER KEKUATAN IMAN,
MENGINGATI AKHIRAT SEMULIA2 INGATAN,
DAN,
MENGINGATI ALLAH ITULAH KETENANGAN=)

aidilfitri 2008
10:45 AM | Author: qoyyim


masa 2 mmg best hahaha....
taun 2 ,raye first kte sme kat umah jew
x mcm yg lpas2 slalu blik kampung..
tpi sambut kat umah pon bkan x bestkan
sme jew
hahaha mse 2 la dpat tgok mcm2 jenis cara
nak mntak maaf ari raye kat mak ngan ayah
hhaaaha
ada yg salam tersipu malu,
ada yg x bunyi langsung,
ada yg curi tulang x nak salam pon ada..
heii mcm2..
ape pon
mmg best=)
bismillah......
9:55 AM | Author: qoyyim
ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-mu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai-mu..

ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut paa-mu,
agar tidak jatuh aku dalam
jurang cinta nafsu..

ya RABBANA,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak brpaling daripada-mu..

ya RABBUL IZZATI,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang nerindui syahid di jalan-mu..

ya ALLAH,
jika aku menikmati cinta
kekasih-mu,
janganlah kenikmatan itu
melibihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhir-mu..

ya ALLAH,
jika aku jatuh hati pada kekasih-mu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-mu..

ya ALLAH,
jika aku halalkan aku merindui
kekasih-mu,
janganlah biarkan aku melampau
batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya
pada-muuuuuuuuuuu....

kisah kuew tiaw
9:38 AM | Author: qoyyim
"cikgu jangan makan,
memang ada babi(dalam kuew tiaw)"


"kenapa???"

"cikgu sembahyang punya orang.
tu pasal saya kasi tau cikgu."

PESAN CINA PEMBEKAL BARANG BASAH
KEPADA SORANG USTAZ=)


untukmu bonda,
2:04 AM | Author: qoyyim


oh ibu,
jika engkau adalah matahari
blogger-emoticon.blogspot.comaku tak ingin datang malam hari.
jika engkau adalah embun,
blogger-emoticon.blogspot.comaku ingin selalu pagi hari,
ibu.
derhakalah aku
jika ditelapak kakimu tidak aku temui syurga itu..



blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
bosan..
6:20 PM | Author: qoyyim
bidadariku
6:04 PM | Author: qoyyim
namamu tak terukir,
dalam catatan harianku,
asal usulmu tak hadir,
dalam diskusi kehidupanku,
wajah wujudmu tak terlukis,
dalam sketsa mimpi-mimpiku,
indah suara mu tak terakam,
dalam pita batinku,
namun kau hidup mengaliri,
pari-pari cinta dan semangatku,
sebab,
kau adalah hadiah agung,
dari tuhan,
untukku,
bidadariku.